I made this widget at MyFlashFetish.com.

Wednesday, April 21, 2010

PENGENALAN

Selaras dengan arus perkembangan teknologi maklumat di negara ini , kerajaan berhasrat membestarikan semua sekolah di seluruh negara melalui Program Pembestarian Sekolah. Pelaksanaan Pusat Akses Sekolah merupakan salah satu daripada pelbagai inisiatif Kementerian Pelajaran Malaysia dalam menyediakan infrastruktur ICT yang mencukupi bagi menjayakan pembestarian sekolah. Pusat Akses Sekolah mengamalkan konsep ala "Cyber Cafe" tetapi lebih menjurus kepada pembelajaran. Pusat Akses Sekolah merupakan satu bentuk sokongan kepada proses pengajaran dan pembelajaran. Proses pembelajaran di Pusat Akses Sekolah boleh berlaku pada bila-bila masa. Pusat Akses Sekolah memenugi gaya pembelajaran yang pelbagai.